Sunday, December 06, 2009

If KYUEM no good..then,Cempaka..

Waaa..kalau baca title post ni pun dah kontroversi kan.over sgt~
Takdela..saya tertarik dgn tulisan kak lili tai. Dia tulis pasal KYUEM tak bagus...KYUEM no good.
Tapi kak lili tai menulis untuk mematahkan hujah2 pihak yang mendakwa KYUEM tak bagus.
Saya menulis pulak...lain cerita dia. ( semua yg italic,saya quote dari kak lili tai).
selama 2tahun aku di ky tu, ad je org kata ky xbgus. kampung la, utan la, xde pape la. zaman batu la n mcm2 la. mula2 mmg la. ak pon byk je kutuk ky ni kampung, xdak pape.

Hmm..KYUEM adalah antara kolej idamanku bila pertama kali dapat tau dapat JPA(biotek UK).
CEMPAKA(sekolah)??huii..di Cheras,persiaran awana.Memang bukan hutan,kampong kalau lihat dari sudut lokasi. TApi bagiku,2 kali lima je.Asrama kami terletak diatas bukit yang terpencil dan lagi sunyi jauh nun daripada orang ramai.
Memang sekolah kami fasiliti first class. Tapi untuk budak sekolah boleh la. Untuk A-level takde apo2 pun. Sebab kami tidak pun menggunakannya.(most of the time)
Kedai nak beli barang??adalah satu mini mart. Nama pun mini so barangan sangatlah terhad dan mahal.
Makanan??sorry,kena jalan kaki turun bukit naik bukit baru jumpa. Masa untuk perjalanan ke kedai makan dah boleh siap 1 kertas P1 chemistry.So,nak tak nak kena masak sendiri. Katering ada!!tapi harganya mahal. Bagi aku,kalau kualiti dan kuantiti berpadanan,mahal tu takpe. NI sebaliknya,malas la nak cerita.

Kata kak lili tai lagi...
KYUEM xbgus? cikgu ajar xpaham? mula2 besela. nak adapt. kalo xphm, blur, konpius, xbiase ngan ascent.
KYUEM xbgus? bahasa english masalah. xphm ape cikgu ckp.
secara jujurnya, aku pon ada masalah ni masa first2 masuk ky. cikgu aku dah la mmg ori UK. kaw kaw punyela oang putih dia. ckp laju. yang aku dgr cuma intonation je. kjp up kjp down. yg up to je yg ak dgr. yg down tu hampeh xtaw ape dia mepek.


Haha. Ni bukan la menjadii masalah kami di Cempaka pada mulanya. Untuk AS kami diajar guru2 bernegarakan Malaysia. So,dari segi bahasa memang takde masalah.
Tapi sayangnya,guru2 kami semua fresh graduate. So,kurang la berpengalaman. Cara mengajar pun lain,silibus pun kurang mahir. And kat sini selalu sangat tukar cikgu.

Tapi pembaca(mcm ade je) jgn salah faham,bukan semua dan sepanjang masa masalah ni.

Lili tai berhujah lagi..
utk cikgu oang putih yg ajar aku tu, mmg ak xphm ape dia xplain bile tanya dia soalan. dah tanya, sama mcm xpernah tanya. bukan slalu la. tp most of the time mmg camtu. ape lg? maen angguk n yes yes yes jela. buat2 phm
lama kelamaan, praktis english ngan kawan2 membuahkan hasil.. phm la jugak sikit2 ape cikgu tu terangkan kat depan. siap boleh buat lawak lagi. padahal xtaw ape yg kami gelakkan. ntah ape yg dia gelak tu sama ke dgn ape yg aku gelak. tp tu bukan masalah nye. yg penting kami dah phm. dah boleh berinteraksi secara baek berbanding dulu asyik 'sorry', 'i beg ur pardon pls', 'come again' etc. alhamdulillah dah bertambah maju...


haha, kak lili,nak g tau...apa yang akak tulis ni sebijik dgn apa yang saya alami kat Cempaka.
Cikgu Fizik kami waktu A2 omputih.

Lili tai tak habis berkata lagi,sambungnya lagi..
KYUEM xbgus? banyak sgt aktiviti, kelab n mcm. org2 memaksa kami buat keje. katanye kalo xbuat nnt ...................... kami nak blajaq. kalo xtolong depa, nnt kene kutuk blakang2 plak
mmg tidak dinafikan ky ada byk aktiviti n events. hampir tiap minggu ada aktiviti or event. Evening with Houses, Health Awareness Week, Islamic Awareness Week, Malay Cultural Nights and bla bla bla. byk la lagi. kemuncak kpd segala event, induk kpd segala aktiviti- Bangsawan.


Cempaka pun banyak giler akiviti but most of the time memang tak de kena mengena dgn kami A-level.Menyampah aku~

Tapi saya rasa bagus gak aktiviti ni,at least kami ada mase lapang sikit,leh gelak2 tengok performance bdk2 Cempaka yang lawak2 ni.Asyik belajar je kan~Boring gak.

KAlau aktiviti yang melibatkan A-level secara total dan lebih bermakna kepada kami,kamilah yang kena rancang dan laksanakan sendiri.Alhamdulillah setakat ni A-level student council dah Berjaya sikit2 menghidupkan life kami kat cini. Antaranya,Paintball tournament, Orpahange visit,Ice skating hang out,Hari raya open house,Senior Farewell party, Bowling tournament, dan byk lagi.

Tak lupe cempaka ade bagi kami g expedition ke Pulau pangkor.Nilah satu2satunya program yang syok habis!!!

Rasenya pelajar kat KYUEM kena byk bersyukur. Anda punya komuniti yg aktif dan hebat. Suasana sebenar kolej tu haruslah dimanfaatkan.

Takkan la nak study je. Aktiviti xtra ni harus jugak kita involve. Nilah yang akan jadikan kita pelajar yang dinamik dan versatile seterusnya mampu menonjol di university yang bakal kita pergi nanti.

Cempaka??kalau nak tau ini satu sekolah moden yang wow.
Pemilik dia Bumiputera tau. Hebat kan.mampu membina sekolah yang berprestij.

Tapi saya rasa akan bertambah wow,kalau dalam masa yang sama nilai-nilai spiritual( ISLAMIK) itu dimasukkan sekali dalam setiap aspek operasi sekolah ni.
Sekarang ni nampak sgt tersasar jauhhhhhhhhhhh daripada nilai keislaman tu.yang islamnya hanya pada subjek Pendidikan Islam semata-mata. Mungkin mereka yg memimpin kurang ilmu kot (rasanya tak bodoh sombong kan).

Ingatnya,Islam bukan agama yang kolot,ketinggalan zaman tak produktif. Tapi Islam agama yang WOW!!
Rezeki yang kita dapat tu dari sang pencipta kita jugak.Takkan tak tau kot. Lupa erk...
Ntah la,bagi saya ni tanggungjwb tau. Dosa tau tak melaksanakan tanggungjawab ni. Lagila ini bisnes education.Huii,byk kot berkatnya. Aman bila mati kang.
para pembaca: kalau tak faham takpe la.

Back to the story : Pada saya, buruk pun tempat tu, kita kan pelajar yang ditaja(org kate the best among the best),so mana2 pun kita dicampakkan,somehow kite kena adapt gak. Sometime,kite kene berubah berdasarkan suasana tempat yang kita belajar tu dan sometime kita pula yang kena lakukan perubahan ke atas tempat yang kita belajar tu. ( Mana yang baik la). Yang buruk,kita tukarkan kepda yang baik.
Sepanjang di Cempaka,byk kenangan manis yang tercipta dan byk yang sy belajar.
Hakikatnya,saya tak suke sekolah ni. Tapi sy syukuri ketentuan ini.

So,be positive!!!!!!!!!!

3 comments:

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum,
ni ada bait-bait menarik utk dicopy dlm blog C.I.A,he3x

AEIZATISM said...

bait-bait menarik..hmm..
nnti aku check kat cia blog tuu..
yang mane satu la tu.

Anonymous said...

ups sorry delete plz [url=http://duhum.com].[/url]